Friday, May 27, 2016

GERHANA BULAN DAN GERHANA MATAHARI
Gerhana terdiri daripada dua, iaitu gerhana Bulan, dan gerhana Matahari. Kedua-dua ini berlaku apabila Bumi, Bulan dan Matahari betul-betul berada pada satu garisan yang lurus.  Yang membezakan antara dua jenis gerhana ini ialah, apakah yang berada di tengah-tengah? Apakah yang membentuk bayang-bayang gergasi? Apa pula yang terlindung?
Kita sedia maklum, Matahari adalah sumber cahaya utama di alam semesta ini terutama Sistem Suria kita.
Kita pergi satu demi satu.
Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan – Bumi – Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus.
Manakala, gerhana Matahari berlaku apabila Bumi – Bulan- Matahari, tersusun sebegitu pada garis lurus. Lihat rajah di atas.
Apabila kejadian atau situasi di atas berlaku, cahaya Matahari akan dihalang oleh objek yang amat besar. Gerhana Bulan dihalang daripada menerima cahaya Matahari kerana bayang-bayang Bumi.
Jangan terkeliru dengan fasa bulan! Fasa bulan berlaku dalam tempoh 28 hari, di mana bula berputar mengelilingi Matahari dalam tempoh tersebut. Sedangkan gerhana Bulan hanya berlaku pada ketika bulan purnama (full moon) kira-kira 13-17 hb hijrah… Di mana perubahan bentuk Bulan hanya berlaku pada malam yang sama.
Gerhana Matahari pula berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan Matahari dilindung oleh objek yang besar iaitu Bulan.
Bayang-bayang Bulan yang besar menutup bahagian kecil Bumi menjadikan sekitarnya menjadi gelap-gelita – seperti malam, dan berlaku pada masa yang singkat sahaja.
Sekiranya kita berada dalam situasi gerhana Matahari, kita tidak boleh melihat Matahari secara langsung. Ini kerana cahaya Matahari yang sangat tajam boleh merosakkan titik fokus dalam mata yang boleh menyebabkan buta.
Jadi, gunakanlah alat bantu yang sesuai, seperti negatif filem hitam yang ditindih kira-kira 3 keping, atau melalui besen berisi air, atau cermin mata khas seperti gambar di atas (bukan cermin mata 3D yang diberi pinjam di pawagam! Itu tidak boleh!).
Salah satu kejadian unik yang berlaku semasa gerhana Matahari penuh ialah fenomena gerhana cincin.
Ini terjadi kerana bahagian Bulan yang berkawah tidak menutupi selengkapnya bahagian Matahari. Oleh sebab itu, bahagian tertentu itu melimpahkan cahaya Matahari seperti batu cincin yang berkilau.
Gerhana Matahari penuh.
Betapa indahnya suasana kejadian alam semula jadi ciptaan ALLAH.
Sebagai seorang Muslim, apa pula yang seharusnya kita lakukan apabila berlaku kejadian gerhana di tempat kita? Kita disunatkan mendirikan solat sunat gerhana. Hukumnya sunat muakkad.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w,

إِنَّ الشَّمْسَ  وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ  لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ

 ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksudnya,  “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”
Solat sunat gerhana dilakukan sepanjang gerhana itu terjadi. Dilakukan dua rakaat, tetapi yang membezakan solat sunat ini dengan solat sunat yang lain iaitu dengan dilakukan dua qiam. dua ruku’ dalam satu rakaat. Bunyinya pelik?
Pada rakaat pertama, selepas berniat, macam biasa, baca surah fatihah, dan surah pilihan, kita ruku’. Selepas ruku’, biasanya kita i’tidal untuk kita bersujud selepas itu. Tetapi apabila kita i’tidal, kita baca surah fatihah dan surah pilihan kali kedua , masih pada rakaat pertama. Susunan secara ringkas seperti ini:
– Niat dan takbiratul ihram
Niat solat sunat gerhana Bulan:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Niat solat gerhana Matahari:

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
-surah Al Fatihah
-surah pilihan
-ruku’
-i’tidal
-baca surah fatihah
-baca surah pilihan
-ruku’
-i’tidal
-sujud
-duduk antara dua sujud
-sujud kedua
-bangun untuk rakaat kedua
Rakaat kedua ulang seperti di atas (bermula al Fatihah pertama), juga dibuat dua kali fatihah/dua kali ruku’.
Jika dibuat di masjid, atau di surau, sunat diadakah khutbah, selepas solat sunat gerhana, walaupun gerhana telahpun habis.
Dalil disyariatkan Solat sunat gerhana:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.


Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”
dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان

من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.

 


Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”
healthy sharing info....
video bangau oh bangau....rantai makanan

Tuesday, May 17, 2016

Air dan Kesihatan

Air adalah anugerah Allah untuk kita nikmati dan hargai .
Sedia maklum mengetahui badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Semasa saya mula kembali aktif beriadah, saya bersama sekumpulan anak muda yang
sangat berinspirasi dan semangat berkongsi tips-tips menjaga kesihatan sekaligus menurunkan
berat badan.( bukan JK1M ye hahahah).
Bob aka mohd firdaus (thanks bob) berkongsi perkara pertama dalam menurunkan berat badan
ialah air yang cukup. Badan kita perlukan air yang cukup untuk membolehkan metabolisme badan

Image result for glass of water

kita berfungsi dengan baik. Kira-kira untuk bekalan untuk badan kita adalah setiap 25 kg berat badan anda, maka badan memerlukan 1 liter air. Jika berat badan 75kg maka 3 liter air diperlukan (sekurang-kurangnya). Selagi badan belum boleh menerima kuantiti air yang diperlukan maka lupakan hasrat anda untuk kurus . bak kata pepatah nak seribu daya tak nak seribu dalih. Semasa bersenam, digalakkan untuk mengambil air panas untuk menambah tenaga atau air yang dingin untuk meningkatkan kadar metabolisme( semasa dan selepas bersenam tau ). Air suhu bilik tidak digalakkan , dan jauhi air berais. 
  • Air gas :  perut buncit dan kencing manis, rosak saraf
  • Air batu  : Perut buncit, Otot vagina longgar , usus kembang dan sakit sendi
  • Semua air bergula  : Cepat sakit , lesu badan, rosak saraf dan cepat tua
  • Nescafe : Paling x bagus pening dan ketagih susah nak berhenti kalau x minum mengigil dah macam ketagih dadah
  • Air susu pekat manis : Gemuk cepat dan punca penyakit
  • Teh : Angin dan menyumbang asid masam naik
WAKTU MINUM AIR PUTIH DAN KESANNYA PADA BADAN : 
  • Bangun dari tidur
Minum segelas air selepas bangun tidur dapat membantu mengaktifkan organ-organ dalaman dan membantu untuk menghapuskan apa-apa toksin sebelum suapan makan pertama utk hari tu. Minum segelas pertama selepas bangun untuk hidrat badan selepas berehat malam yang panjang tu.
  •  Sebelum tidur
Minum segelas air satu jam sebelum tidur untuk menambah kehilangan cecair yang boleh berlaku pada waktu malam. Ia membantu dalam proses pembaharuan sel semasa tidur anda.–Faedah lain ialah elak risiko strok atau serangan jantung pada tengah malam
  • Sebelum makan
Minum segelas air 30 minit sebelum makan untuk membantu penghadaman. Ia juga menghalang kita makan terlalu banyak semasa makan.
  • Selepas makan
Minum air satu jam selepas makan untuk membolehkan tubuh untuk menyerap nutrien. Cuma …!!  Jangan minum terlalu awal sekurang2nya 30 minit sebelum atau selepas makan kerana air akan mencairkan jus pencernaan.. Cara minum ni membantu jaga badan kira sebenarnya
  • Sebelum mandi
Minum segelas air sebelum mandi untuk membantu menurunkan tekanan darah.
  • Dari segi pandangan islam..Jangan minum berdiri
Menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani “Sesungguhnya makan dan minum duduk lebih baik dr segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas; dimana makanan dan minuman lalu di dinding perut dgn tenang. Adapun minum berdiri menyebab cecair akan jatuh ke dasar perut dgn keras dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini selalu berlaku dan lama masa berlalu akan menyebabkan perut akan longgar dan jatuh sehingga menyebabkan susah nak hadam. Begitu juga dengan makanan.”

Thursday, March 17, 2016



FENOMENA EQUINOKS

Fenomena Ekuinoks ini akan berlaku apabila Matahari akan melintasi garisan Khatulistiwa untuk mengubah kedudukannya dari hemisfera Selatan Bumi ke hemisfera Utara Bumi atau sebaliknya setelah ia menghabiskan masanya enam bulan yang lalu di hemisfera Selatan Bumi atau di Utara Bumi.

VIDEO INOVASI-NEW FACE BETTER THAN POWER POINT :)


Video inovasi yang terkini, menunjukkan pengunaan preezi dalam mengantikan power point dalam menyediakan slaid pembentangan yang lebih menarik. Selamat menonton.

DUNIA DARI MATAKU

Blog yang baru ditubuhkan ini, merupakan langkah pertama saya. Diri sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah di pinggir bandar shah alam, SK Seksyen 27(1).

read more  references